Thursday, September 25, 2008

Anda tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk kelihatan cool!

Aku rasa macam nak tergelak je ari ni. Kenapa? Sebabnye ari ni dipenuhi dengan kebodohan yang aku sendiri susah untuk menafsirkannya. Ok let go to the point. Seorang rakan bertanya '"cool tak kalau aku pakai......." (ditapis sebab terlalu sensitif untuk dibicarakan).

Damn! Aku rasa permintaan itu permintaan paling bodoh dan paling bangang sekali aku pernah dengar seumur hidup aku. Ops mungkin orang lain pernah mendengarnya tapi aku yakin kalau kamu tahu apa yang dipinta sudah tentu kamu akan mencari orang itu dan bakar hidup-hidup! Sungguh keterlaluan. Kamu bukan anak kecil untuk membezakan mana yang baik atau tidak. Kamu sudah cukup dewasa untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang tidak. Takan itu pun nak kena ajar lagi? Hidup selama hampir 30tahun..er mungkin 20 lebih sebab tolak zaman kanak-kanak kamu yang memang tidak tahu apa-apa masih belum cukup untuk menilainya. Huh. So pathetic dan aku amat bersimpati terhadap kamu!

Aku rasa kamu tidak perlu terlalu 'up to date' untuk menjadi 'outstanding' di kalangan kami dan aku rasa kamu memang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan kerana kami tahu kamu memang tidak ada kelebihan yang boleh dibanggakan. Maaf! Aku tidak mengatakan aku ini terbaik tapi aku masih waras untuk berfikir dan membezakan mana yang baik atau tidak untuk agama, bangsa dan budaya aku sendiri. And so sorry to say..i dont even respect u as a person sebab kamu terlalu obses tentang diri kamu sendiri sehingga kamu merasakan bahawa orang di sekeliling kamu itu tidak setanding langsung dengan kamu yang terlalu "UP TO DATE", "INTREND", or what ever u call it!!